View My Stats

Tuesday 30 April 2013

Asal-Usul Hari Pekerja (Selamat Hari Pekerja 2013)

Petikan dari Wikipedia


HARI BURUH @ HARI PEKERJA

Hari Pekerja atau Hari Buruh adalah satu cuti tahunan yang diraikan pada 1 Mei (atau dalam permulaan bulan Mei). Akan tetapi sebenarnya hari ini disebut juga sebagai Hari Pekerja Antarabangsa, yang mana ia merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja. 

Tarikh 1 Mei digunakan kerana pada tahun 1884,Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh, yang diinspirasikan oleh kejayaan Parti Labour 1872 di Kanada, meminta lapan-jam waktu berkerja di Amerika Syarikat, dikuatkuasakan pada 1 Mei, 1886. Ini mengakibatkan mogok umum dan Mogok Haymarket tahun 1886, tetapi beransur-ansur juga di pejabat selama lapan-jam waktu bekerja.


SELAMAT MERAIKAN HARI PEKERJA

Friday 26 April 2013

Jom Warga Kerja AADK Kita Kongsi Pengalaman

Pertama sekali saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua warga AADK kerana tak sangka dalam masa 1 hari sahaja blog ini telah menerima lebih 200 hits.

Blog ini diwujudkan untuk semua warga kerja AADK berkongsi pengalaman seperti berikut :-

1) Aktiviti outdoor seperti mendaki gunung, aktiviti memancing, cadat sotong, dan lain-lain
2) Aktiviti percutian atau lawatan ke tempat-tempat menarik samada di dalam atau di luar negara
3) Tempat-tempat makan yang best...yang kira orang ramai dan popular
4) dan lain-lain program yang dirasakan best untuk dikongsikan bersama.

Kepada warga kerja AADK yang ingin berkongsi pengalaman bolehlah membuat sedikit artikel dan yang penting sertakan gambar-gambar menarik untuk dikongsikan bersama. Artikel dan gambar boleh e-mail kepada saya nik_azman@adk.gov.my dan sebaik sahaja saya edit saya akan upload ke dalam blog ini. Jangan lupa sertakan sekali nama tuan/puan, dari AADK mana untuk diletakkan dalam artikel tuan/puan yang hantar pada saya.
Selamat berkongsi pengalaman...

Kejohanan Bowling Sukan AADK Tahun 2013

Kejohanan bowling sempena dengan Sukan AADK tahun 2013 telah diadakan pada 27.1.2013 (Ahad), jam 10.00 pagi bertempat di ARL Powerbowl, Alamanda Putrajaya. 2 kategori telah dipertandingkan pada kejohanan ini iaitu :-

1) Kategori VIP (Khas untuk pengarah dan pegawai kanan - 12 pasukan)
2) Kategori STAFF (14 pasukan)

Format kejohanan ialah 4 campuran sepasukan iaitu 2 pemain wanita dan 2 pemain lelaki dalam 1 kumpulan.  Setiap pemain dalam kumpulan tersebut akan bermain sebanyak 2 permainan secara cross lane. Gimik perasmian kejohanan telah disempurnakan oleh Y.Bhg En. Suhaimi bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) merangkap Timbalan Yang Dipertua, Kelab Kebajikan dan Sukan AADK.

Bermacam-macam ragam yang dapat disaksikan semasa kejohanan ini berlangsung dan yang penting semua peserta dapat bermain dalam keadaan ceria dan gembira.

Senarai nama pemenang bagi setiap kategori adalah seperti berikut :-

Kategori VIP
Johan Berpasukan - Pasukan VIP 12 (874 jatuhan pin)
1) Puan Juzailah Binti Omar
2) Encik Nasru'd-din Bin Haji Abdul Rahman
3) Encik Mohd Amir Khusairi Bin Harun
4) Encik Aman Bin Mustafa

VIP Individu
1) High Game W (1 game - 130 pin) - Cik Nazira Bt. Sadiron
2) High Game L (1 game - 174 pin) - Encik Mohd Nazer Bin Mustafa
3) High Siries W (2 game - 236) - Cik Nazira Binti Sadiron
4) High Siries L (2 game - 296) - Encik Azli Bin Ubin



Kategori STAFF
Johan Berpasukan - Pasukan STAFF - Ibu Pejabat AADK A (1,208 jatuhan pin)
1) Cik Maheda Binti Salehuddin
2) Cik Natrah Binti Ahmad Zahari
3) Nik Ahmad Zulhilmi Bin Mohd Zahid
4) Nik Azman Bin Abdullah

STAFF Individu
1) High Game W (1 game - 163 pin) - Ku Hasliza Hartika Bt. Ku Aziz (AADK Kedah)
2) High Game L (1 game - 213 pin) - Nik Azman Bin Abdullah (Ibu Pejabat A)
3) High Siries W (2 game - 289 pin) - Mek Yah Bt. Md Nor (AADK N. Sembilan)
4) High Siries L (2 game - 366 pin) - Mohd Razino Bin Abdul Rashid (AADK Johor)

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Haji Izhar Bin Abu Talib, Pengarah Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan dan Puan Zahariah Binti Mohd Sharif, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan merangkap Setiausaha Kehormat, Kelab Kebajikan dan Sukan AADK. Kegembiraan jelas terpancar kepada wajah semua peserta yang dapat bertanding dengan ceria dan gembira dalam suasana pertandingan yang mesra dan muhibbah.