View My Stats

Wednesday 24 July 2013

Cerita lawak pendek...

Sekadar untuk senyum pada bulan puasa nie....
Filem

Seorang penerbit mahu mengeluarkan sebuah filem paling hebat di dunia. Dalam filem itu diadakan adegan pertempuran yang paling hebat pernah difilemkan.

Penerbit: Saya akan menggunakan dua pasukan tentera… Setiap satu mempunyai 25, 000 orang.

Pengarah: Kalau dua pasukan sudah lima puluh ribu. Macam mana kita nak bayar mereka?

Penerbit: Senang je… Kita gunakan peluru Hidup!


Orang Gila

Seorang Lelaki menelefon sebuah rumah sakit jiwa dan bertanyakan kepada petugas resepsi adakah pesakit di katil nombor 27 ada.


Petugas tersebut lalu memeriksa dan dengan segera kembali ke telefon memberitahu lelaki tersebut, bahawa katil nombor 27 sememangnya kosong.


“Bagus sekali…!” Kata si lelaki, “… Itu bererti aku sudah betul-betul berjaya melarikan diri."




Doktor dan pesakit

Setelah memeriksa pesakitnya seorang doktor berkata,


“Keadaan anda amat buruk. Anda hanya punya waktu hidup 10… “

“Sepuluh apa?, bulan, minggu, tahun, hari?”, tanya si pesakit gugup.

Doktor berkata : “9… 8… 7… 6… 5…”

Tok Batin

Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan seorang sahabatnya yang ingin menumpang. Lalu dengan senang hati ditumpangkan kawannya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawannya itu. 

Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja. Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear. Kawan Tok Batin : ????????  


Tunang

Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka. 
Farid : Mengapa? 
Siti : Saya dah bosan dengan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak  mesti kembalikan semua gambar saya. 
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya. 
Siti : Erkkkkkk... . ... . Benci ... ... ... 

Bilik Mayat

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk
menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.
Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik
berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang
strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit
jantung
manakala yg ketiga
disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya…



Bas 2 Tingkat

Semasa dari JB ke KL, Ajoi menaiki sebuah bas dua tingkat. Inilah kali pertama dia naik bas dua tingkat. Setelah bertanya ini-itu pada penumpang lain, akhirnya dia memberanikan diri untuk duduk di tingkat atas bus itu. Namun tak lama kemudian ia turun dengan tergopoh-gopoh.
“Mengapa ko tak duduk saja di atas?”, tanya seorang penumpang.

“kau gila apa?! Kat atas takde pemandu doh!”, jawab Ajoi.

Hanya Sepuluh
sewaktu adiknya pulang dari sekolah,dengan segera abangnya bertanya.
Abang : sudah adik menduduki ujian mathematik?
Adik : sudah.
Abang : macam mana dengan soalan nya?
Adik : senang saja, macam kacang.
Abang : bagus! berapa soalan yang adik tak dapat menjawab?
Adik : tak ada.
Abang : bermakna adik dapat menjawab semua soalan dengan betul.
Adik : ya, ada sepuluh soalan yang adik jawab salah.
Abang : wah! pandai betullah kalau begitu,kalau setakat sepuluh sahaja yang
salah,masih ada empat puluh lagi yang betul.
Adik : tapi soalan nya ada sepuluh saja
Telefon
Awang talipon cikgu dia, nak bertanyakan sesuatu..
Awang: Helo cikgu,esok pukul berapa perpustakaan bukak??
Cikgu: pukul 9 pagi..
Awang: cikgu boleh awal sikit tak??dalam pukul 7 pagi..
Cikgu: rajinnya kamu…kenapa nak bukak awal??
Awang: saya kena kunci dalam perpustakaan……..
Cikgu
Che’gu Berahim: Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?Joe : Untuk mencari makanan, che’gu
Che’gu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?
Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, che’gu
Che’gu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Man Dol pula. Apakah tugas daun pisang?
Man Dol :untuk membungkus nasi lemak, che’gu…
Che’gu Berahim: uii… lagi bagus… berdiri atas meja sampai habis kelas..

No comments:

Post a Comment