View My Stats

Monday 8 July 2013

Karnival Keluarga 1KDN 2013

Kelab Kebajikan dan Sukan Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengadakan Karnival Keluarga 1KDN tahun 2013. Karnival ini telah diadakan pada 6.7.2013 (Sabtu) bermula jam 7.00 pagi hingga 1.00 petang bertempat di Kompleks Penjara Kajang, Selangor.

Karnival Keluarga 1KDN ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Ahmad Zahid Bin Hamidi, Menteri Kementerian Dalam Negeri.

Pegawai dan kakitangan dibawah Kementerian Dalam Negeri telah dipecahkan kepada 5 buah rumah iaitu rumah merah (Jentayu), rumah oren (Helang), rumah ungu (Kenyalang), rumah biru (Rajawali) dan rumah hijau (Merak). Ketua bagi setiap rumah ini adalah terdiri dari Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) Kementerian Dalam Negeri.

Pelbagai acara telah diatur dalam Karnival Keluarga 1KDN ini seperti Senamseni, Sukaneka, Kilauan Emas, Ukir Buah, Pakaian Beragam Kanak-kanak dan yang pastinya ialah cabutan bertuah. Seramai hampir 10 ribu pegawai dan kakitangan dibawah KDN hadir untuk memeriahkan program ini. Sesungguhnya karnival ini telah berjaya merapatkan hubungan silaturahin diantara pegawai dan kakitangan dibawah 1KDN dalam program yang santai dan mesra.
















No comments:

Post a Comment