View My Stats

Monday 29 July 2013

Lailatul Qadar - 10 Malam Terakhir Ramadhan

" Sesungguhnya kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar? malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu,  turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara ( yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikut ) . Sejahteralah malam ( yang barakah ) itu hingga terbit fajar " .
 (Surat al-Qadar ayat  :1-5 ) 
Memasuki fasa ketiga bulan penuh keberkatan ini, marilah kita menggunakan peluang berharga ini menambah bekalan akhirat lebih-lebih lagi pada 10 malam terakhir yang banyak kelebihannya. 

Lailatul qadar adalah malam ditunggu-tunggu mereka yang menginginkannya kerana ia hanya berlaku satu malam saja sepanjang tahun. Maka beruntunglah siapa memperolehnya dan rugilah siapa melepaskannya.

Dalam fasa ketiga ini kita dituntut mempertingkatkan amal salih dan kebajikan seperti beriktikaf di masjid, bertadarus al-Quran, memperbanyak zikir, solat sunat dan sedekah selain dituntut memperbanyakkan doa khusus untuk lailatul qadar. Mudah-mudahan segala amalan kita diberkatiNya...

No comments:

Post a Comment