View My Stats

Friday 19 July 2013

Iklan Hari Raya Petronas - Sayangilah Ibubapa kita...

Ayah dan ibu.....Bertuahnya kita kerana dikurniakan mereka yang mana sejak kita lahir hinggalah ke saat ini, merekalah insan yang benar-benar menyayangi kita tanpa mengharapkan sebarang ganjaran, hadiah, penghargaan dan sebagainya. Mereka dengan ikhlasnya menjaga dan membesarkan kita walaupun dengan penuh kesusahan dan kepayahan.

Tanpa memikirkan kepenatan yang terpaksa dihadapi, ayah gigih dan tabah keluar berkerja saban hari untuk mencari rezeki buat keluarganya. Tidak cukup sekadar itu, ibu juga turut membantu ayah untuk meringankan beban yang ditanggungnya sendiri. 

Ya Allah..betapa besarnya pengorbanan insan ini. Sejak hari pertama kita lahir, hidup mereka seolah-olah sudah pasti akan dikorbankan demi kesejahteraan insan yang bernama anak-anak. Dengan belaian kasih sayang, sentuhan manja, keprihatinan, kerisauan mereka..semua itu pernah membuatkan kita merasa sangat bahagia kerna disayangi dan sentiasa berasa selamat lantaran ada yang menjaga dan melindungi kita
Namun, tatkala usia si anak semakin menganjak dewasa dan sudah berjaya dalam kehidupan, kita mula terlupa akan mereka.  Wahai anak, rebutlah kesempatan yang masih Allah berikan pada kita hari ini. Hargailah mereka, sayangi mereka dan mohonlah ampun maaf atas segala salah silap kita selama ini. Semoga dengan doa dan restu mereka, nescaya tergolonglah kita di dalam golongan insan yang berbahagia dan berjaya bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat kelak. Kerana sesungguhnya, redha Allah swt itu datangnya jua daripada redha ayah dan ibu.

Allah swt berfirman yang mafhumnya:
(Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan DIA dengan sesuatu pun, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa) An Nisa:36
"TANPA MEREKA SIAPALAH KITA"

No comments:

Post a Comment