View My Stats

Friday 24 January 2014

Sunday 19 January 2014

Gunung Huashan China, Trek Pendakian Paling Extreme


Our world is just awesome is so real. Dari kepelbagain hidupan, keindahan alam sehinggalah ilmu angkasa raya yang tak terjangkau dek akal. Dan keunikan Mt Haushan, hiking trail paling merbahaya di dunia ini merupakan antara keindahan alam yang superb awesome. Terletak di daerah Shanxi, China, Mt Haushan mempunyai 5 gunung utama dan Bahagian Selatan gunung menempatkan tebing banjaran yang damn dalam. Berkeordinasi di tengah tengah Negara China, destinasi ini menjadi tarikan utama pelancong kerana keunikan struktur muka bumi yang superb.

Mt. Haushan dikelaskan sebagai track hiking awam yang paling merbahaya di dunia but still klasifikasi ini adalah secara general. Tebingnya mempunyai kedalaman sehingga 4000 kaki (serius dalam teramat) yang cenuram mencecah 90 darjah (kalau slide down macam jatuh dari bangunan 40 tingkat). Walau tak banyak real story dipaparkan pada awam, ramai yang travellers berkongsi tentang pelbagai cerita maut yang pernah berlaku di sana.

Wednesday 15 January 2014

Salam Maulidur Rasul

"WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH"
Tanggal  12 Rabiulawal  merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Kedatangan Nabi Muhammad merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini. Manusia pada saat itu berada dalam kekufuran, kegelapan syirik, tidak mengenal  pencipta mereka. Pada masa tersebut, penyembahan terhadap berhala-berhala adalah merupakan satu penghormatan, perzinaan adalah suatu kebanggaan, mabuk dan berjudi berleluasa, merompak serta membunuh adalah suatu keberanian. Sehubungan ini Allah mengutus seorang Rasul yang ditunggu oleh umat manusia untuk menghentikan semua kerosakan ini dan membawanya kepada cahaya Ilahi.

Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun  menuntut kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat. Selain itu, nabi Muhammad juga amat dikenali sebagai seorang yang suka menghubungkan silaturrahim, menolong orang yang dalam kesusahan, membantu  anak yatim dan ibu tunggal, seorang yang pemurah dan sebagainya. 

Monday 13 January 2014

Pantai Tercantik Di Australia

Pantai paling terkenal di Australia ialah Pantai Bondi. Tetapi tahukah anda pantai terbaik di Australia sebenarnya terletak di Pulau Whitsunday Queensland? Pantai Whitehaven ialah pantai sepanjang 7 kilometerdengan pasir yang putih. Ini adalah kerana kandungan silicanya yang tinggi. Pantai ini ditemui pengembara barat pada tahun 1879 dan sejak dari hari itu ia menjadi tumpuan pelawat. Untuk ke pantai ini anda perlu menaiki bot ataupun kapal terbang. Bagi menjaga kebersihan pantai pengunjung diharamkan menghisap rokok atau membawa anjing. Pada tahun ini Whitehaven sekali lagi dinobatkan sebagai pantai terbaik Australia dan ke-3 terbaik di dunia. Rasa macam nak pergi. Pantai putih dan air turquoise nampak sangat heavenly! 

Sumber : penpatah.blogspot

Friday 10 January 2014

Air Terjun Niagara Falls Beku

Air terjun Niagara (Bahasa InggerisNiagara FallsBahasa Perancisles Chutes du Niagara) ialah satu kelompok air terjun yang besar di Sungai Niagara yang terbentang di sempadan antarabangsa yang memisahkan wilayah OntarioKanada dan negeri New YorkAmerika Syarikat. Air terjun ini terletak 27 km di barat daya Buffalo, New York, 120 km di selatan Toronto, Ontario di antara bandar berkembar Niagara Falls, Ontario dan Niagara Falls, New York.
Air terjun Niagara sebenarnya terdiri tiga buah air terjun. Dua buah bahagian utama yang dipisahkan oleh Goat Island ialah Air terjun Horseshoe, yang terletak di bahagian sebelah Kanada, dan Air terjun Amerika, yang terletak di bahagian sebelah Amerika Syarikat. Satu lagi air terjun yang lebih kecil pula ialah Air terjun Bridal Veil yang terletak di bahagian sebelah Amerika Syarikat dan dipisahkan daripada air-air terjun utama oleh Luna Island. Sistem air terjun ini terbentuk apabila glasier mula mencair pada penghujung era glasier Wisconsin (zaman air batu terakhir) dan air-air itu, yang berasal dari Tasik-tasik Besar yang juga baru terbentuk, membina laluan menerusi Tubiran Niagara dalam perjalanan menuju ke Lautan Atlantik. Walaupun tidak terlalu tinggi, sistem ini adalah amat lebar. Lebih 168,000 m³ padu air jatuh dari garis rabungnya pada setiap minit.
Air terjun ini terkenal kerana keindahannya dan juga sebagai sumber bernilai tinggi untuk penjanaan hidroelektrik. Menguruskan keseimbangan di antara kegunaan rekreasi, komersil dan perusahaan telah menjadi satu cabaran bagi penjaga air terjun ini sejak tahun 1800-an.

10 Januari 2014, AIR TERJUN NIAGARA FALLS terkenal dunia setinggi 178 kaki yang ditebingi AS dan Kanada turut membeku tatkala Amerika dan Kanada dilanda musim sejuk paling sejuk sejak 40 tahun. Di sesetengah tempat suhu mencecah -50 darjah celcius. Berikut disiarkan gambar NIAGARA FALLS dalam keadaan beku. Air terjun ini pernah beku pada tahun 1911.




Tuesday 7 January 2014

Best Sunsets The World Has To Offer

There aren't many things, after a long day traveling, or reclining on a beautiful beach, as a sunset. In Norway you might get lucky with a sunset that lasts all night long, and in Ibiza the beautiful sight might just be the beginning to your wild night. Forget the plane ticket; we're going there now. Click through for the world's 7 most beautiful sunsets.


Orcas Island, Washington

Lake Bled, Slovenia
2. Lake Bled, Slovenia Photo by: Smarter Travel. Be transported to a medieval world during your trip to the Slovenia waterfront. 


Beaufort Sea, Canada
3. Beaufort Sea, Canada Photo by: National Geographic. Spend some time at the Beaufort Sea to see a site unlike any other. 


Maasai Mara National Reserve, Kenya
4. Maasai Mara National Reserve, Kenya Photo by: CNN. I half expect a giant giraffe to come walking by to complete the scene. 


Cathedral Cove, New Zealand
5. Cathedral Cove, New Zealand Photo by: ILTWMT. It's no surprise that an already beautiful country sparkles with a sight such as this. 


Kerala, India
6. Kerala, India Photo by: Telegraph. Enjoy the warm sun, even as it sets. 


Mount Haleakala, Hawaii
7. Mount Haleakala, Hawaii Photo by: Star Spangle. The legend behind this volcano just adds to the splendor of the sunset. 

Friday 3 January 2014

Kebaikan Air Kelapa



Air kelapa, satu hadiah daripada alam semulajadi kerana ia sangat menyegarkan dan berkhasiat untuk tubuh badan serta meremajakan badan dan kulit anda dari luar dan dalam. Di sini, kami ingin kongsikan 8 manfaat air kelapa seperti berikut:


1. Agen anti-penuaan
Air kelapa mengandungi bahan dan antioksidan tertentu yang mana membantu untuk melawan radikal beba, sekaligus, melambatkan proses penuaan serta membantu meningkatkan sistem imun badan anda lantas melindungi anda daripada pelbagai penyakit. 

2. Tingkatkan metabolisme anda dan meningkatkan penghadaman
Minum air kelapa secara kerap boleh membantu meningkatkan metabolisme anda secara semula jadi, sekali gus membantu badan anda untuk membakar lemak banyak yang lebih cepat. Tambahan lagi, jika anda mempunyai masalah dengan pencernaan, air kelapa boleh mengatasinya kerana ia membantu penyerapan makanan dan mengurangkan berlakunya refluks asid. 


3. Hidrat dan meremajakan badan anda
Air kelapa mengandungi 94% air dan sebenarnya, sangat rendah kalori. Bebas lemak dan rendah gula, air kelapa juga boleh hidrat sistem anda menyediakan anda dengan vitamin, kalium, enzim dan asid amino. 

4. Membantu penurunan berat badan yang sihat
Minum air kelapa secara kerap bukan sahaja bagus untuk menambah kelembapan badan anda dan meningkatkan metabolisme anda, tetapi ia juga mempunyai kesan yang positif bagi mereka yang cuba untuk mengurangkan berat badan. Minuman sihat yang tidak mengandungi bahan kimia ini telah digunakan selama berabad-abad sebagai minuman berkhasiat dan sihat. Air kelapa hanya mengandungi rendah lemak, gula dan kalori, tetapi ianya kaya dengan nutrien dan vitamin, oleh itu, ia boleh membantu anda menyekat rasa lapar secara sihat. 

5. Menyingkirkan toksin daripada badan
Air kelapa sangat bermanfaat untuk sistem penghadaman anda. Ini kerana ia membantu untuk membersihkan badan anda daripada toksin dan mengurangkan keletihan. 
6. Kaya dengan sumber vitamin dan nutrien
Air kelapa adalah sumber yang sangat baik dan semula jadi vitamin dan nutrien kerana ia mengandungi kalsium, zat besi , magnesium , fosforus , kalium , zink , Vitamin B dan C.

7. Bermanfaat untuk otot dan sistem saraf
Air kelapa membantu untuk mengelakkan kekejangan di otot dan membantu untuk meningkatkan fungsi sistem saraf anda. 

8. Bagus untuk kulit
Air kelapa juga bermanfaat untuk kecantikan kulit anda. Bukan sahaja untuk diminum, tetapi anda juga boleh menggunakannya pada kulit anda. Ia membantu untuk melembapkan kulit anda, membantu untuk mengurangkan jerawat dan jeragat. Sebenarnya, kebanyakan produk kosmetik dan krim muka juga mengandungi ekstrak kelapa kerana keberkesanannya.

Thursday 2 January 2014

Icy Winter Star Trails

Icy winter star trails

These spectacular images will leave you star struck - beautifully capturing a rainbow of star trails illuminating the winter nights sky. 

Keen photographer Maurizio Pignotti, 46, spends all night in freezing temperatures painstakingly shooting the breathtaking crystal-clear stars. 

He uses a technique where he merges together anywhere between 80 and 450 shots to create what he describes as a rainbow of stars. Space-lover Maurizio, captures the star trails on the borders of the Adriatic Sea - including the Sibillini Mountains National Park, the Conero National Park, and the Gargano National Park. (Caters News)
Icy winter star trails
Icy winter star trails
Icy winter star trails
Icy winter star trails
Icy winter star trails
Icy winter star trails
Icy winter star trails