View My Stats

Thursday 31 August 2017

Sukan SEA Ke 29 - KL 2017 Ditutup Meriah

Image result for penutup sukan sea 2017
SUKAN SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 ditutup rasmi dalam suasana warna warni dan penuh bertenaga sekaligus menjadi hadiah terbaik meraikan kejayaan Malaysia muncul juara keseluruhan temasya di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam Rabu (30 Ogos)
Image result for penutup sukan sea 2017
Kawah api temasya, yang dinyalakan oleh penerjun Nur Dhabitah Sabri pada 19 Ogos lepas, dipadamkan sepenuhnya tepat jam 10.17 malam, menandakan berakhirnya edisi ke-29 temasya yang menyaksikan Malaysia merealisasikan impian kejuaraan dengan kutipan 145 pingat emas
Image result for dato seri najib rasmi penutup sukan sea
Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Sukan SEA 2017 ditutup dengan rasminya tepat jam 10.13 malam, Sejak dua minggu lepas, seramai 4,709 atlet dan pegawai 2,381 telah berada di Kuala Lumpur untuk bersaing dalam 38 sukan dan 404 acara. Malaysia disertai 844 atlet dan 390 pegawai pada KL2017

Kejayaan meraih 145 pingat emas merupakan kejayaan terbesar negara dalam Sukan SEA. Thailand di tempat kedua dengan 72 emas, diikuti gold Vietnam 58, Singapura 57, Indonesia 38, Filipina 24, Myanmar 7, Cambodia 3, Laos 2 manakala Brunei menamatkan kempen dengan lima perak dan lapan gangsa. Timor Leste meraih tiga gangsa. Edisi ke-30 Sukan SEA pada 2019 akan berlangsung di Filipina.

Pada upacara berkenaan, Jawatankuasa Penganjur Malaysia (MASOC) , mendapat perakuan daripada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) kerana kejayaan menganjurkan Sukan SEA 2017

Anggota Lembaga Eksekutif IOC Ng Ser Miang dari Singapore, menyampaikan piala penghargaan kepada Pengerusi MASOC YB Brig Jen Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Belia dan Sukan Malaysia


Image result for penutup sukan sea 2017

Terdahulu, dalam ucapannya, Presiden Persekutuan Sukan SEA (SEAGHF) YAM Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja'afar, memuji usaha dan kejayaan atlet sepanjang bersaing di Kuala Lumpur.

 “Anda, para atlet, semuanya adalah pemenang, samada anda menang pingat atau tidak. Anda telah memberikan yang terbaik buat negara anda. Pulang lah dengan raga megah dan bangga di atas usaha anda.” kata beliau.

Tunku Imran memuji MASOC di atas kejayaan menganjurkan Sukan SEA 2017. “Terima kasih daripada kami dalam keluarga Sukan SEA…anda secara kolektif berjaya menganjurkan temasya yang kekal dalam ingatan.”

Image result for filipina tuan rumah sukan sea 30
Upacara tradisi, penyerahan bendera kepada tuanrumah temasya 2019 berlangsung ringkas dengan Presiden Jawatankuasa Olimpik Filipina (POC) Jose Cojuangco menerima bendera SEAGF daripada Tunku Imran. Cojuangco kemudian menyerahkan bendera berkenaan kepada Setiausaha Luar Filipina Alan Peter Cayetano, yang akan mengetuai jawtankuasa penganjur bagi Filipina 2019

Sejurus selepas selesai upacara penutupan rasmi, penonton diraikan dengan persembahan himpunan artis-artis ternama negara dengan pelbagai lagu bertema semangat kenegaraan sempena menyambut Ulangtahun Kemerdekaan ke-60 negara pada Khamis (31 Ogos).

Selamat Tinggal Kuala Lumpur, Hello Filipina

Sunday 20 August 2017

Perasmian Sukan Sea Ke 29 KL2017-Gilang Gemilang

Perasmian Sukan Sea ke 29-KL2017-Terbaik



ATLET terjun negara, Nur Dhabitah Sabri membakar obor ketika majlis pembukaan Sukan SEA 2017 ke-29 di Stadium Nasional Bukit Jalil. - Foto Asyraf Hamzah
 
KUALA LUMPUR: 19 Ogos 2017 - Sabtu - Temasya Sukan SEA ke-29 dibuka secara rasminya dalam satu majlis pembukaan penuh gemilang di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.
Perasmian temasya dwi tahunan yang bertemakan 'Bangkit Bersama' itu berlangsung dengan penuh pertunjukan warna-warni yang menonjolkan kepelbagaian budaya dan kesenian tempatan.
Elemen itu diangkat sebagai unsur utama sepanjang pertunjukan untuk melengkapkan kemeriahan di venue serba moden yang baharu dinaik taraf.
Upacara bermula dengan persembahan muzik tujuh buah sekolah - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Katolik, SMK Seafield, SMK Kepong, St John's Institution, Chong Hua Independent, SMK Seri Kembangan dan Chong Hua Jalan Gombak.
PERSEMBAHAN bunga api semasa majlis perasmian Sukan SEA 2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil. - Foto Fariz Iswadi Ismail
 
Pancaragam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meneruskan upacara pembukaan dengan nyanyian Lagu Negaraku serta upacara menaikkan bendera Malaysia di dalam stadium yang dibanjiri lebih 80,000 penonton.
Upacara berwarna-warni itu menerapkan kebudayaan dan keunikan yang ada di negara ini yang menjadi lambang kebanggaan kepada 32 juta penduduk di negara ini.
Seterusnya, maskot rasmi 'Rimau' diperkenalkan sebelum diikuti perarakan masuk 11 kontinjen negara bertanding yang membabitkan kira-kira 6,000 peserta terdiri daripada atlet dan pegawai serta agensi yang terbabit dalam persembahan.
Bermula dengan perarakan masuk kontinjen Brunei Darussalam, diikuti Kemboja, Indonesia, Laos, Filipina, Singapura, Thailand, Timor Leste, Myanmar, Vietnam dan diakhiri dengan perbarisan masuk barisan kontinjen Malaysia yang diketuai Datuk Marina Chin.
KONTINJEN Malaysia memasuki stadium dengan 3 atlet negara selaku pembawa bendera , Azizulhasni Awang, Cheong Jun Hoong dan AlJufri Jamari pada Majlis perasmian Sukan SEA 2017 di Stadium Nasional Bukti Jalil. - Foto Osman Adnan 
 
Barisan atlet negara yang diketuai tiga pembawa Jalur Gemilang - Azizulhasni Awang (berbasikal), Cheong Jun Hoong (terjun) dan Al Jufferi Jamari (silat) kelihatan segak dan cantik mengenakan persalinan baju kurung pesak serta baju Melayu moden yang direka khas.
Penyanyi Dayang Nurfaizah kemudian tampil untuk menyuntik semangat atlet yang bertanding pada edisi ke-29 temasya dwitahunan ini dengan nyanyian lagu tema KL2017, Bangkit Bersama.
Upacara perasmian kemudian meniti kemasyhuran silam apabila bekas-bekas jaguh dan legenda sukan negara tampil di tengah-tengah stadium, diikuti upacara menaikkan bendera Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF).
Selepas ucapan Presiden Persekutuan Sukan Asia Tenggara, Tunku Imran Tuanku Ja'afar, majlis dilengkapkan dengan pengumuman rasmi pembukaan temasya oleh Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V.
YANG di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V menyampaikan titah ucapan perasmian Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 sambil disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Stadium Nasional Bukit Jalil. - Foto BERNAMA
 
Majlis itu turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Ia diteruskan dengan bacaan ikrar yang diketuai jaguh lompat tinggi, Nauraj Singh Randhawa.
Penonton di stadium berkapasiti 100,000 itu kemudian terpukau menikmati persembahan pengkisahan muzikal dan kebudayaan penuh warna-warni yang menceritakan kelahiran negara ini serta keunikan adat tradisi masyarakat pelbagai kaumnya serta rakyat negara Asia Tenggara.
PERSEMBAHAN Maskot pada pembukaan Sukan SEA 2017 edisi ke-29 di Stadium Nasional, Bukit Jalil. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
 
Majlis pembukaan diakhiri dengan perarakan masuk obor kejohanan oleh barisan atlet jaguh negara, diketuai sukan boling, diikuti berbasikal, hoki, olahraga, badminton serta terjun sebelum obor kejohanan dinyalakan oleh Nur Dhabitah Sabri sebagai simbolik bermula secara rasminya temasya ini, sebelum persekitaran Stadium Nasional Bukit Jalil diterangi dengan percikan bunga api.
Sukan SEA edisi ke-29 yang akan berlangsung sehingga 30 Ogos menghimpunkan 4,900 atlet daripada 11 negara dengan Malaysia menyasarkan pungutan 111 pingat emas daripada 398 acara yang disertai untuk muncul juara keseluruhan.
PERCIKAN bunga api di Stadium National Bukit Jalil pada majlis pembukaan Sukan SEA 2017. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din
 
petikan dari :  https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2017/08/314594/perasmian-kl2017-penuh-tradisi-gilang-gemilang

Tuesday 15 August 2017

Bunga Raya - Bunga Kebangsaan Malaysia

Sempena bulan Ogos - bulan kemerdekaan Malaysia - Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu (Hibiscus rosasinensis) ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam genus Hibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan.

Bunga raya ialah bunga kebangsaan Malaysia. Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan.
Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia
Pada akhir pada tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung.  

Selepas perbincangan  Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan.

Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia
Hanya Bunga Raya merah atau Hibiscus Rosa ini di pilih sebagai  
Bunga Kebangsaan Malaysia
Bunga Raya atau Hibiscus Rosa telah dipilih sebagai bunga kebangsaan Malaysia pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri ketika itu YTM Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. 

Pemilihan tersebut adalah berdasarkan kepada keunikan bunganya yang merah dimana ia melambangkan keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian menempuh cabaran. 

Bentuk lima kelopak yang terdapat pada bunga raya memberi maksud lima prinsip Rukun Negara. Bunga yang juga dikenali sebagai "Queen Tropical Flowers" ini adalah bunga yang tergolong daripada keluarga Malvaceae yang mempunyai 300 spesis tumbuhan. 

Kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa, agama dan kebudayaan yang hidup harmoni di negara tercinta ini. 

Anda lihatlah juga beberapa lagi spesis bunga raya yang berlainan rupa, warna dan saiz yang menyerlahkan bahawa betapa banyaknya variasi bunga raya ini. Ini hanyalah sebahagian kecil daripadanya...
Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia
Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia
Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia
Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia
Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia
Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia
Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia
Kebelbagaian warna, bentuk dan saiz menyerlahkan keunikan dan keistimewaan bunga raya ini. Ada sesiapa yang tahu apakah maksud disebalik stigma bunga raya itu?
Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia
Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia
Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia
Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia
Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia
Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia
Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia
Sebagai warganegara Malaysia, informasi asas mengenai bunga kebagsaan ini wajarlah kita ketahui. Semoga ianya dapat memberi serba sedikit ilmu buat anda. Bunga raya bukan sekadar cantik di halaman tapi ianya mempunya makna yng lebih dari itu. 

Bunga raya menjadi perhiasan,
Cantik bergaya mekar dihalaman,
Bunga raya bunga kebangsaan,
Lambang budaya dan perpaduan.

petikan : http://www.relaksminda.com/2013/08/bunga-raya-bunga-kebangsaan-malaysia.html