View My Stats

Thursday 22 February 2018

8 Khasiat dan Kebaikan Buah Belimbing

Hampir semua orang kenal akan buah belimbing dan makan buah belimbing. Tumbuhan yang dikatakan kemungkinan berasal dari Sri lanka atau kepulauan Asia Tenggara terutamanya Malaysia dan indonesia, terdapat dalam dua jenis iaitu belimbing manis dan belimbing sayur (belimbing buluh). Perkongsian kita pada hari ini, ialah menegenai belimbing manis atau belimbing besi (Averrhoa carambola).


Dalam bahasa inggeris buah ini disebut sebaga starfruit lantaran bentuknya yang serupa bintang apabila dihiris melintang. Rasanya yang manis dan menyegarkan dengan aroma khas yang mebangunkan selera.Belimbing besi mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Sewaktu muda buahnya berwarna hijau muda dan berubah menjadi kekuningan stelah tua. Jenis belimbing besi yang diungguli ciri-cirinya adalah bentuknya besar, warnanya menarik, seratnya halus, sangat bersari dan rasanya manis segar. Buah belimbing besi merupakan sumber vitamin C yang baik, juga zat besi dan zat kapur. sebelum ini saya ada berkongsikan kebaikan dan khasiat buah delima,  buah naga dan buah avokado. Di bawah saya senaraikan 8 khasiat dan kebaikan buah belimbing.
8 Khasiat Dan Kelebihan Buah Belimbing

1. Boleh dijadikan pelbagai jenis produk
Buah belimbing besi dimakan segar.Sebahagiannya diproses dan dijadikan pelbagai jenis produk seperti minuman segar serta kordial, jem , gula-gula buah, sos buah, buah kering, campuran hirisan buah di dalam sirap atau jus , halwa dan sebagainya. Buah belimbing muda boleh dijadikan jeruk.


2. Sumber Nutrisi yang baik
Di samping sebagai sumber nutrisi yang baik, buah belimbing besi muda juga digunakan untuk pencegahan bahkan terapi pelbagai macam penyakit, antara lain bermanfaat dalam Menurunkan tekanan darah, anti kanser, menurukan kolestrol dan membersihkan usus

Image result for belimbing

3. kaya dengan vitamin c
Buah belimbing besi merupakan sumber vitamin C yang baik, juga zat besi dan zat kapur.Belimbing dapat digunakan sebagai anti oksida yang berfungsi mencegah penyebaran sel kanser. Belimbing Besi-Baik untuk pesakit darah tinggi - sumber Mingguan Wanita April04


4. Membantu menurunkan kolestrol 
Pada dinding sel belimbing terdapat pektin yang merupakan bahan pembentuk gel di dalam usus. Terbentuknya gel tersebut mempunyai pengaruh menurunkan kolestrol. Dalam hal ini pektin mengikat kolestrol dan asid hempedu dalam usus serta mendorong pengeluarannya.


5. Mencegah penyakit darah tinggi
Belimbing juga berfungsi sebagai ubat darah tinggi.Air perahan buah belimbing dapat mencegah tekanan darah tinggi agar selalu berada dalam keadaan yang normal. Penghidap penyakit tekanan darah tinggi boleh meminum air parutan buah belimbing setiap duahari sekali. Caranya buah belimbing yang cukup besar dan sudah setengah matang diparut halus , kemudian diperah airnya sebanyak satu gelas.Minumlah setiap pagi hari selama satu bulan.Setelah satu bulan minum air belimbing dua hari sekali. Dikatakan tekanan darah tinggi akan menjadi normal apabila seseorang itu rajin meminum air belimbing. Tapi yang harus diingat , jengan sekali-kali mencampurkan air perahan belimbing dengan gula pasir atau sirap kerana ia akan menimbulkan kesan yang sebaliknya.

Image result for belimbing

6. Membantu menghentikan pendarahan dan mengurangkan deman panas
Di India buah belimbing yang masak digunakan untuk menghentikan pendarahan. Sementara buahnya yang telah kering digunakan untuk mengurangkan demam panas. Buah yang telah diawet pula digunakan oleh masyarakat india untuk meredakan cirit-birit dan mabuk kerana pengambilan alkohol berlebihan. 


7. Mengubati penyakit mata dan elok merawat masalah buah pinggang
Minyak yang diektrak dari buah dijadikan ubat mengubati penyakit mata . Di Negara Brazil pula, pesakit yang mempunyai masalah buah pinggang dan pundi kencing sering dinasihatkan agar mengambil buah belimbing. Masyarakat negara itu juga percaya bahawa buah tersebut elok untuk penderita ekzema.


8. Sesual untuk mengatsi masalah muntah-muntah dan sakit kepala.

Chinese materia medical ada menyatakan bahawa rebusan buah dan daun belimbing elok diminum untuk mengatasi masalah muntah-muntah. Daunnya diramas dan diletakkan di atas dahi untuk menghilangkan sakit kepala. Sementara pucuk dan daun yang dihancurkan diletakkan di atas cacar dan ringworm (kurap)
Related image

Thursday 8 February 2018

Khasiat Buah Oren Sunkist

Related image
Anda mungkin tahu, sebiji oren Sunkist mampu memberikan kesegaran yang tak terhingga, akan tetapi tahukah anda akan khasiatnya? Khasiatnya buah oren ini, terima kasih kepada Negara China yang memperkenalkannya. 

Buah oren berasal dari China ribuan tahun lalu dan diperkenalkan di benua-benua Eropah. Kini ianya ditanam hampir di seluruh pelusuk dunia. Buah oren atau nama saintifiknya Citrus sinensis mampu bertahan selama 2-3 hari sekiranya disimpan pada suhu bilik. Negara Brazil merupakan pengeluar terbesar jus di dunia diikuti Amerika Syarikat.


Oren kaya dengan vitamin dan mineral, antaranya: 

Related image
1. Vitamin C
Vitamin C berperanan dalam pembentukan kolagen (komponen dasar pembentukan jaringan saraf dalam tubuh). Pembentukan kolagen yang baik sangat diperlukan untuk pembentukan ligamen, tendon, kulit, pembuluh darah dan tulang. Ia juga membantu proses penyembuhan luka. 

Vitamin C juga berperanan menyerap zat besi bukan organik (zat yang bukan berasal dari haiwan) yang membantu mencegah anemia (kekurangan sel darah merah). Ia terbukti mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas yang mencetuskan pelbagai penyakit, juga mencegah pembentukan sel kanser. 

Selain itu, pengambilan vitamin C ini berupaya mencegah kenaikan LDL (lemak jahat) yang merupakan faktor utama penyakit jantung. Ia juga bertindak sebagai agen antioksidan yang mampu melawan radikal bebas dan dapat mencantikkan kulit dengan memperkuatkan sel-sel kulit dan mempercepatkan pembaikpulihan jaringan yang rosak. 
Related image

2. Karbohidrat
Oren mengandungi karbohidrat dalam bentuk fruktosa, glukosa dan sukrosa. Serat di dalam karbohidrat melambatkan proses pengosongan perut, pencernaan dan penyerapan khasiat makanan. Oleh yang demikian, ia sesuai untuk sesiapa yang sedang berusaha menurunkan berat badan. 

Related image
3. Folat
Folat dapat menurunkan kadar homocysteine, sejenis asid amino yang merupakan racun bagi dinding pembuluh darah. Demikian, ia berupaya menurunkan risiko penyakit kardiovaskular. 

Selain itu buah oren juga mengandungi potasium, kalsium, thiamin (vitamin B1), riboflavin (vitamin B2), niasin (vitamin B3), asid pantotenik (vitamin B5), vitamin B6 dan fosforus. 

Tidak perlu banyak, sebiji oren bersaiz sederhana setiap hari adalah mencukupi untuk keperluan tubuh badan anda. Jadi, apa tunggu lagi? Makanlah oren hari ini untuk mendapatkan jantung yang baik, kulit yang cantik dan badan yang sihat!